Sabtu, 24 Maret 2012

Ann Ward the Winner of ANTM Cycle 15

Ann Ward ialah salah seorang peserta yang bertanding dalam America’s Next Top Model (ANTM) musim ke-15. Merupakan seorang pelajar, Ann berusia 19 tahun sewaktu bertanding dalam program terkenal itu. Di zaman sekolah, Ann mendedahkan yang dia ialah seorang gadis yang pendiam dan sering dipinggirkan kerana penampilan dan cara hidupnya yang seperti seorang nerd. Ann juga sering diperhatikan dan dianggap pelik disebabkan ketinggiannya  iaitu 6 kaki 2 inci. Dia berkata, ramai yang bertanya sama ada dia bermain bola keranjang. Disebabkan ini, Ann mempunyai keyakinan diri yang rendah.

Menurut Ann, tinggi ibunya ialah 6’3, bapanya 6’6 dan abangnya 6’7. Dia juga menambah yang ahli keluarganya mempunyai kadar metabolisme yang tinggi, boleh makan apa saja dan berat badan tidak akan bertambah. Ann juga menghadapi masalah kerana dia dianggap terlalu tinggi untuk menjadi model dan wakil industri. Dia menyertai ANTM untuk menjadi seorang model. Biar pun penampilannya sering diperkatakan oleh peserta lain dan dia sering dikritik kerana sikapnya yang malu-malu dan kekok waktu berkomunikasi, Ann ialah seorang yang hebat di dalam gambar.

Walaupun menghadapi cabaran di saat akhir dari peserta yang berkeyakinan tinggi, Ann telah terpilih sebagai juara kerana gambar-gambar hebat hasil gayaannya. Nigel Barker, jurufoto yang juga juri program itu berkata, “kamu memang tidak normal, kerana kamu ialah America’s Next Top Model”. Ann kini merupakan seorang model high-fashion yang laris.



Tidak ada komentar:

Posting Komentar